Thursday, 23 October 2014

What men's are


Pernantian berakhir. Alhamdulillah. Yayy~

Untuk memanfaatkan cuti seminggu ni, kami telah pergi mengembara mencari cinta Allah. Target pertama nak didik diri jadi lebih kental dan banyak sabar. Kalau dalam ayat arab sikit nak 'tarbiyah diri'.

Banyak sangat perkara dipelajari. Terutama daripada sahabat-sahabat dan orang sekeliling. Alhamdulillah masyaAllah.

Aku kira ni satu pengalaman. Sama ada ia untuk pengajaran diri sendiri atau adalah juga benda nak sembang dengan orang tentang nanti.

Satu perkara yang aku belajar daripada jaulah ini ialah 'kebaikan orang lelaki'. Sounds macam lain macam je. Lagi-lagi bila yang cakap tu aku. Tapi inilah yang aku dapat. Sesungguhnya aku amat judgemental orangnya.

Untuk orang yang introvert macam aku, bergaul dengan orang kontra jantina ni bukanlah satu kewajipan dan keperluan apatah lagi kemahuan. Malah ianya satu bebanan pula kalau kena berinteraksi dengan mereka secara tiba-tiba tanpa persediaan. So that I have less opinions regarding boys.

Tapi disebabkan jaulah kami ni, kami hidup 'sukar', kami terpaksa berinteraksi sesama kami. Kami seolah-olah tercampak ke satu pulau asing (pulau sangat) dan menyelesaikan setiap task yang diberikan. Hasil tak dapat takpe tapi yang penting usaha kerjasama antara kami.

What men's are
1. Tak tengok orang perempuan. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi mereka tak seperti lelaki lain kat luar dalam skop menjaga pandangan. Mereka amat menjaga pandangan. Mereka takkan sesekali melihat ke arah kami tanpa sebab. Kalau sedang solat jemaah atau kuliah, mereka tetap dengan pandangan mereka ke hadapan dan kami si wanita akan terus dengan 'kerja kami'. Walaupun begitu, walau mereka si menjaga pandangan ni, kita si wanita juga perlu membantu mereka juga ya. Membantu dengan cara menutup aurat sesempurna mungkin. InsyaAllah saling bantu-membantu semua Allah sayang.

2. Protective. Menurut statistik kajian diri sendiri, lelaki ni ada yang tak gentlemen langsung. Especially dalam bab keselamatan si wanita. Tapi apa yang aku perasan, sepanjang program berlangsung,  'keselamatan wanita adalah keutamaan lelaki'. Dah macam tagline la pula. Tapi ini memang berlaku. Pertama kami si wanita rasa selamat dengan mereka (dengan syarat kami yang wanita ni juga kena 2 orang dan ke atas)  kedua, kami selamat dengan orang luar sebab mereka jadi bodyguard kami. Tetiba rasa diri ini begitu berharga. Ecewahh. Tapi ni bukan aku sorang je rasa. Semua kaum wanita yang ada kat situ pun cakap benda yang sama.

3. Kuat makan. Isu makan waktu program adalah perkara paling tidak disukai. Kami diajar untuk mensyukuri setiap suapan dan kunyahan ke dalam mulut. Jadi kalau sekali dapat makan sedap, memang jelas di setiap wajah ada kesyukuran dan kegembiraan terukir. Takkan membazir walau sebutir nasi pun. Tapi kalau bab makan ni, lelaki tiada kompromi. Dihabiskan makanan kami itu kalau kami lambat. Tapi alhamdulillah dapat juga merasa nasi dengan ayam. Sedap sedap. :D

4. They can be too funny. Ini memang aku akui buat lelaki. Memang Allah ciptakan lelaki untuk menghiburkan. Sepanjang program, memang kami akui, kami stress. Yelah sedikit demi sedikit nikmat ditarik (orang jarang susahlah kononnya). Tetapi dengan lawak spontan mereka, aku akui memang tergeletek jugalah. Ada yang jenis banyak cakap, banyaklah lawaknya. Ada yang pendiam, tapi memang ada juga lawak mereka. Jadi, program yang mulanya dicipta untuk stress telah menjadi stabil semula. Heee.

5. They might put a  high standard of wife-to-be. Ini.........lah yang membuatkan aku tak rasa nak kahwin dengan diorang ni. Because of this reason. Bukan apa, sebab aku tahu aku siapa. Nak banding dengan ramai lagi perempuan lain yang lagi cerdas memasak dan cerdik bekerja, aku ni apalah ada. Huhu. Ayat sedih semedang. Hihi.

Itu jelah kot. Aku tak tahu dah nak letak apa. Well, maybe banyak lagi you all can list by your own sebab mungkin ada antara anda yang lebih rapat dan mudah bergaul dengan lelaki. Tapi ni from my specify opinions. Ok ke?

Tapi nak ditekankan disini, this is just for few men outside there. Tak semua lelaki macam ni. Apa yang penting, buat wanita, muslimah, carilah lelaki yang mencintai Allah dan Rasul, maka dirimu akan dicintai. InsyaAllah.

Aku bercakap bukan sebab aku jatuh cinta ke apa. Tapi sebab aku cerita kat sini sebab aku sedar yang Allah bukan sengaja nak suruh wanita ni rasa terkongkong dengan larangan tak boleh itu ini. Tapi sebab Allah sangat sayang hambanya. Allah nak wanita di jaga mulia oleh si lelaki. MasyaAllah so sweet.

Itu je.

0122



Thursday, 16 October 2014

Sabr

Banyak-banyak nikmat, nikmat yang paling di idami ialah nikmat SABAR.

Wahai diri, andai sabar itu semudah mengunyah chewing gum, lantas apakah ia masih manis?

Aku sendiri, cuba untuk bersabar. Di setiap detik, setiap perbuatan, setiap bait kata dan setiap apa pun.

Sesungguhnya setiap kekuatan itu adalah kurnian dari Allah. Even nikmat sabar pun. Jangan lupa minta dengan Allah :D

2240

Monday, 13 October 2014

At The First Place


Untuk perkenalan pertama ini.

Salamualaikum.

Biasanya kalau entri pertama ini tiada apa nak di kata.

Cuma aku mahu memberitahu, aku ada angan, yang nak dicapai.

Tapi...aku terlalu pengecut untuk itu.

Harapan, aku dapat express anything here.

InsyaAllah semoga Allah redha.

1826